Tentang Spa & Hidroterapi

Tentang SPA dan Hidroterapi
  • Air adalah sumber kehidupan, 65% tubuh manusia terdiri daripada air. Ia penting sebagai media pengangkutan nutrisi dan pembuang bahan kuman dari badan.
  • Sebastian Kneipp "Bapa Hidroterapi" menyatakan hampir semua penyakit dapat disembuhkan dengan satu kombinasi yang tepat diantara air dan ramuan herba.
  • Perkataan "SPA" adalah ungkapan pendek bahasa Latin "Solus Per Aqua" ertinya "Kesihatan Melalui Air" berpandukan konsep merendam tubuh dalam air untuk menjaga dan memulihkan kesihatan.

Buih Ultrasonik Dan Kehidupan Sihat
  • Penyelidikan saintifik telah menunjukkan kombinasi dari kehangata, keapungan, tekanan air dan tenaga gelombang ultrasonik sangat baik bagi kesihatan.
  • Tenaga Ultrasonik tercipta apabila buih udara kaya dengan ozon bertembung dan pecah pada kadar hadlaju yang tinggi. Ini mendatangkan kesan urutan dan memanaskan tubuh ; merilekskan otot dan meningkatkan aras tenaga badan.

Kuasa Magnetik Dan Anion Ozon (03)
  • Udara sangat segar setelah hujan lebat kerana petir dan kilat menghasilkan ozon dan anion.
  • Pada tahun 1966, Pemenang Anugerah Nobel Perubatan (1931 dan 1944), Dr Otto Warbug menyatakan kekurangan oksigen pada sel menyebabkan sel mengalami kanser. Ozon dan Anion meningkatkan aktiviti sel untuk menghasilkan oksigen dan seterusnya menghapuskan toksin dalan badan.
  • Oleh itu mandian dalam air suam kaya dengan ozon mempercepatkan pengelupasan sel kulit mati, memelihara kelembutan dan kehalusan kulit dan juga meningkatkan kualiti air mandian serta udara sekeliling kamar mandi.

Keharmonian Elemen Alam Dan Teknologi


  • Teknologi yang digunakan di Aladdin SPA juga direka lengkap dengan alas fleksibel mengandungi seramik yang merupakan sumber asli lembayung jauh infra merah. Ianya mengeluarkan tenaga, meningkatkan aras tenaga dalam badan dan seterusnya meningkatkan taraf kesihatan yang lebih baik.
  • Mesin pengeluar ozon pula, menghasilkan secara maksimum 46 liter udara kaya dengan ozon dan anion yang melalui lubang-lubang kecil pada alas menyebabkan jutaan buih bertembung dan pecah secara terus menerus mencipta gelombang tenaga ultrasonik.
  • Kajian di Jepun menunjukkan 15 minit mandian urutan buih ultrasonik ini menghangat, mengurut, membersih, mempercantik, membentuk dan menyenamkan tubuh badan.

Kehangatan Dalaman, Memperbaiki Aliran Darah, Kesan Senaman
  • Gelombang ultrasonik diubah ke tanaga haba melalui satu media ke media yang lain. 10 minit mandian urutan buih ultrasonik cukup untuk memberikan kehangatan dalaman. Kesan ini sama denga merebus telur di dalam mata air panas di mana kuning telur masak dahulu sebelum putih telur.
  • Mandian air panas biasa mengambil masa 90 minit berendam untuk mencapai kehangatan dalaman. Seperti merebus telur dimana putih telur masak dahulu sebelum kuning telur. Berendam lama dalam air panas lebih banyak mendatangkan kesan buruk daripada kesan baik dan boleh menyebabkan berlakunya pening kepala.
  • Buih ultrasonik menghasilkan 10-15 ribu getaran mikro sesaat dan menghasilkan 1.5kg/cm2 tekanan pada tubuh. Kesan ini sama dengan bersenam. Kajian menunjukkan 15 minit mandian urutan buih ultrasonik beranggaran dengan berlari sepanjang 3 km.


Ujikaji oleh J.P Industry University. Kadar penyerapan tenaga gelombang ultrasonik oleh badan: Tulang 13%, Tisu & Usus 3.3%, Air 0.0022%.

Urutan Profesional - Merehat, merawat dan menghilangkan stress

  • SG 2000 mengeluarkan jutaan buih kecil yang bertenaga dan berimpak sexara berterusan dan ini menghasilkan kesan urutan pda 320 titik akupuntur untuk menguja dan mengaktifkan tisu tubuh
  • Memberi kerehatan maksima, merawat tubuh secara total dan menghilangkan kepenatan serta merta.
  • Kajian menganggarkan 10 minit mandian bersamaan dengan 1 jam berurut dengan pengurut profesional.

Pembersihan Ekstensif, Membersihkan Kulit 

  • Para jauhari menggunakan alat ultrasonik untuk membuang kotoran pada barangan kemas dan mengembalikan kilauannya.
  • SG2000 mengeluarkan buih yang kaya ozon dan bertenaga ultrasonik setiap detik. Ianya membersihkan pori-pori kulit dari sel mati, membuang toksin yang terkumpul pada kulit dan meningkatkan metabolisma.
  • Secara keseluruhan, ianya mempercantikkan tubuh badan.
  • Mandian 15 minit setiap hari dapat membantu menegang dan membentuk tubuh badan termasuk kawasan payudara.

1 comments:

Unknown said...

Do this hack to drop 2lb of fat in 8 hours

At least 160 000 men and women are hacking their diet with a simple and SECRET "liquids hack" to drop 2lbs each night while they sleep.

It is very simple and it works on anybody.

Just follow these easy step:

1) Go grab a drinking glass and fill it up half full

2) Then learn this weight loss hack

you'll be 2lbs lighter as soon as tomorrow!