Bagaimana Aromaterapi berfungsi ?

Aromaterapi pertama kali digunakan secara meluas pada 1928 oleh ahli Kimia Perancis Rene-Maurice Gattefosse. Kemudian ia digunakan untuk rawatan luka para askar semasa Perang Dunia Ke II.

Bagaimana minyak aromaterapi berfungsi ?
Minyak esen terdiri daripada molekul kecil yang mudah larut dalam alkohol, emulsifier dan lemak. Ini membolehkan minyak menembusi kulit dengan mudah dan bertindak balas dengan tisu lemak. Apabila minyak ini dihidu, ia akan memasuki badan melalui berjuta-juta sel sensitif yang terdapat pada ruang pernafasan. Lalu menghantar mesej terus kepada otak dan memberi efek kepada emosi dengan cara bertindak balas pada sistem limbik ( yang menguasai keseluruhan fungsi utama badan )

Jadi, aromaterapi mampu merangsang fizikal & psikologi seseorang secara serentak. Aladdin Medic & Beauty Spa menggunakan 7 super aroma yang mempunyai efek yang berbeza-beza pada sistem badan manusia. Sebab itulah ia dapat membantu permasalahan penyakit fizikal dan gangguan emosi, stress dan sebagainya.

0 comments: